Sistem Pengurusan ISO UPM
SELAMAT DATANG,
UPM | Kolej Lima Belas
 
LATARBELAKANG UPM SATU PENSIJILAN SISTEM PENGURUSAN KUALITI MS ISO 9001
 
 


>> SEJARAH

Jawatankuasa Pengurusan Universiti (JPU) telah bersetuju meluluskan cadangan satu pensijilan MS ISO 9001: 2008 di Universiti Putra Malaysia (UPM) dengan melantik Pendaftar sebagai Wakil Pengurusan dan Seksyen Pengurusan Kualiti di Pejabat Pendaftar diluaskan skop dan sekiranya perlu akan melibatkan perpindahan staf dari Seksyen Pengurusan Kualiti Bahagian Perancangan Korporat (petikan minit JPU ke-366 bertarikh 28 April 2010).

Sehubungan itu,  Pejabat Pendaftar telah mengadakan perbincangan bersama Bahagian Perancangan Korporat (BPK) pada 20 Mei 2010 untuk melihat fungsi pengurusan kualiti Universiti secara menyeluruh.  Hasil daripada perbincangan itu, kedua-dua pihak telah bersetuju bagi pengwujudan Bahagian Pengurusan Kualiti di Pejabat Pendaftar yang bertindak sebagai Urus Setia yang akan menguruskan aktiviti kualiti Universiti. Keputusan ini turut memberi implikasi kepada struktur organisasi antara kedua-dua pihak iaitu Pejabat Pendaftar dan juga BPK.  Kertas Cadangan telah dikemukakan kepada JPU dan telah diluluskan melalui mesyuarat JPU kali ke-370 bertarikh 9 Jun 2010.

Dokumen-dokumen seperti Manual Kualiti, Prosedur Wajib dan Prosedur Sokongan telah diselaraskan dan menggunapakai dokumen yang sama oleh keseluruhan warga UPM. Prosedur sokongan pula diselaras dan diseragamkan oleh Peneraju Proses masing-masing, begitu juga dengan prosedur operasi yang  dibangunkan dan diselenggara oleh pemilik proses masing-masing.  Urus Setia di Pejabat Pendaftar menyelaras, memantau dan mengawal semua dokumen-dokumen yang terlibat.

Empat (4) PTJ yang masih belum mendapat persijilan sehingga tahun 2010 iaitu iDEC, Pusat Pembangunan Akademik (CADe), Pusat Antarabangsa, dan Pejabat Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri dan Masyarakat) telah membangunkan prosedur operasi masing-masing serta Piagam Pelanggan dan Objektif Kualiti.

Satu pensijilan ini merangkumi semua proses utama Universiti iaitu pengajaran dan pembelajaran, penyelidikan dan inovasi, perkhidmatan profesional, dan perkhidmatan sokongan. Pelaksanaan untuk mencapai satu persijilan MS ISO 9001:2008 mula digerakkan mulai bulan Julai 2010 dan berkuatkuasa pada 3 Januari 2011.

Pada 1 November 2015, Pusat Jaminan Kualiti (CQA) secara rasmi ditubuhkan dan bertanggungungjawab sebagai pusat sehenti untuk aktiviti kualiti dan akreditasi di UPM (berdasarkan kelulusan JPU kali ke-542). Seiring dengan penubuhan CQA, pelantikan Wakil Pengurusan telah diserahkan daripada Pendaftar UPM kepada Pengarah CQA, UPM.

Bermula tahun 2017, UPM telah memulakan usaha untuk proses peralihan ke Standard baharu iaitu Standard MS ISO 9001:2015 melalui beberapa siri perbincangan, bengkel, taklimat dan mesyuarat bagi memastikan dokumentasi dan pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti UPM memenuhi keperluan standard berkenaan. Hasil daripada usaha itu, melalui Audit Pemantauan Semakan 2 SIRIM pada September 2017, UPM telah berjaya dipersijilkan dengan pensijilan MS ISO 9001:2015.

>> NOMBOR PENSIJILAN

Nombor pendaftaran pensijilan menggunapakai No. Persijilan Fakulti Perubatan Veterinar iaitu AR 2020. UPM menggunapakai skop Fakulti Perubatan Veterinar sebagai panduan untuk membangunkan skop persijilan umum bagi UPM.

Pada tahun 2018, No. Pensijilan Sistem Pengurusan Kualiti UPM telah dipinda kepada QMS 00074 berdasarkan ketetapan terkini oleh pihak SIRIM.

>> DASAR KUALITI

Pekerja Universiti Putra Malaysia komited dalam mencapai kecemerlangan melalui penerapan budaya kualiti dalam pengajaran dan pembelajaran, penyelidikan dan perkhidmatan sokongan untuk mencapai matlamat pelan strategik universiti.

Pekerja Universiti Putra Malaysia akan sentiasa melaksanakan tanggungjawab dalam mencapai objektif kualiti yang ditetapkan, serta memastikan objektif tersebut dikaji dari semasa ke semasa selaras dengan visi, misi dan matlamat UPM.

[Dasar Kualiti yang telah disahkan oleh Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti bertarikh 10 Disember 2019]

 

 
 
 
 
 
 
Tarikh Aktiviti/Program
1 April - 31 Mei 2026 AUDIT DALAMAN SISTEM PENGURUSAN KUALITI (QMS) ISO 9001:2015 DAN SISTEM PENGURUSAN KESELAMATAN MAKLUMAT (ISMS) ISO/IEC 27001:2022, UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
1 Jun - 31 Julai 2026 PENILAIAN AMALAN EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA (PENILAIAN KEDUA)
21 Julai (Selasa) MESYUARAT KAJIAN SEMULA PENGURUSAN (MKSP) QMS DAN ISMS KE-16
Masa: ADK
Tempat: ADK
7 Sept. - 11 Sept. 2026 AUDIT SIRIM ISO 9001:2015 DAN ISO/IEC 27001:2022
17 Nov. 2026 (Selasa)

SAMBUTAN HARI KUALITI DAN INOVASI PERKHIDMATAN (HKIP) UPM 2025/2026
Masa: ADK
Tempat: ADK

8 Dis. 2026 (Selasa) MESYUARAT JAWATANKUASA KUALITI UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KALI KE-66 (2/2026)
Masa: ADK
Tempat: ADK

 
   
  Pusat Jaminan Kualiti, UPM
Centre for Quality Assurance (CQA)
 
 
 

Prof. Madya Dr. Noor Syamilah Zakaria, K.B., P.A.
Pengarah
03-9769 1504, syamilah@upm.edu.my

Dr. Zufarzaana Zulkeflee
Timbalan Pengarah Jaminan Kualiti Akademik
03-9769 1435, zufarzaana@upm.edu.my
Pn. Rozi Tamin
Timbalan Pengarah Jaminan Kualiti Perkhidmatan
03-9769 1025, t_rozi@upm.edu.my 

Cik Aidawati Ramali
Ketua Seksyen Audit Institusi
Pejabat Timbalan Pengarah Jaminan Kualiti Akademik
03-9769 1525, aidawati@upm.edu.my

Pn. Rahmawati Umar
Ketua Seksyen Data Program
Pejabat Timbalan Pengarah Jaminan Kualiti Akademik
03-9769 1510, rahwati@upm.edu.my

Pn. Shaerin Azlin Ab Rahman
Ketua Seksyen Audit Program
Pejabat Timbalan Pengarah Jaminan Kualiti Akademik
03-9769 1598, shaerin@upm.edu.my

Pn. Zenaida Md Zenon
Ketua Seksyen Audit Kualiti
Pejabat Timbalan Pengarah Jaminan Kualiti Perkhidmatan
03-9769 1512, zenaida@upm.edu.my

Pn. Nurainakmal Kamal Bahrin
Ketua Seksyen Dokumentasi
Pejabat Timbalan Pengarah Jaminan Kualiti Perkhidmatan
03-9769 1505, nurainakmal@upm.edu.my

Pn. Siti Fatimah Hasim
Ketua Seksyen Pembudayaan Kualiti
Pejabat Timbalan Pengarah Jaminan Kualiti Perkhidmatan
03-9769 1555, sfatimah@upm.edu.my

Pn. Puteri Nurasikin Nasarudin
Ketua Seksyen Pentadbiran dan Kewangan
03-9769 1513, puteri@upm.edu.my
Pn. Noor Idmawatie Mohd Idris
Setiausaha
03-9769 1504, nooridma@upm.edu.my

Pn. Kasmaria Zawawi
Pembantu Tadbir Kanan (Perkeranian/Operasi)
Seksyen Dokumentasi
03-9769 1485, uda@upm.edu.my

Pn. Norliyani Anor
Pembantu Tadbir Kanan (Perkeranian/Operasi)
Seksyen Data Program
03-9769 1486, norliyani@upm.edu.my

Pn. Anis Syahirah Abdullah
Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi)
Seksyen Audit Program
03-9769 1483, anisyahirah@upm.edu.my

Cik Nor Syazila Abdul Rahim
Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi)
Seksyen Audit Institusi
03-9769 7697, syazila.rahim@upm.edu.my

En. Izzul Muzakkir Aris
Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi)
Seksyen Audit Kualiti
03-9769 1435, izzulmuzakkir@upm.edu.my

Pn. Najidah Salim
Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi)
Seksyen Pentadbiran dan Kewangan
03-9769 1489, najidah@upm.edu.my

Pn. Rosyati Zainuddin
Pembantu Operasi
Seksyen Pentadbiran dan Kewangan
03- 9769 1488, rosyati@upm.edu.my

 
 
Statistik Web Hits
       
 
Hit Hari Ini
:
27
 
Hit Semalam
:
494
 
Jumlah Hit
:
2399973
 
 
Hakcipta Terpelihara © 2012 Pusat Pembangunan Maklumat Dan Komunikasi (iDEC), Universiti Putra Malaysia
PENAFIAN: Pejabat Pendaftar, UPM tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana maklumat dalam laman Web Portal ini
Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer 7.0 atau Mozilla Firefox dengan resolusi 1024 x 768