Sistem Pengurusan ISO UPM
SELAMAT DATANG,
UPM | Kolej Lima Belas
 
LATARBELAKANG SISTEM PENGURUSAN KESELAMATAN MAKLUMAT (ISMS) MS ISO/IEC 27001
 
           
    >> Apa itu ISMS UPM  
     

Pertumbuhan pesat penggunaan ICT, terutama melalui kemudahan Internet, mendedahkan maklumat secara lebih luas dan ini memungkinkan berlakunya pencerobohan yang boleh mengakibatkan kebocoran maklumat rahsia rasmi dan maklumat rasmi Kerajaan. Keadaan ini jika tidak diberi perhatian rapi boleh menimbulkan masalah yang lebih besar di masa hadapan. Di samping itu perlu ada keseimbangan antara kawalan keselamatan yang terlalu ketat sehingga membatasi penyebaran maklumat penyampaian perkhidmatan, dengan kawalan yang terlalu longgar yang boleh memudaratkan keselamatan atau kepentingan Perkhidmatan Awam dan Negara. Menyedari pentingnya usaha-usaha menjamin keselamatan ICT, satu rangka Dasar Keselamatan ICT Kerajaan telah digubal berpandukan kepada prinsip-prinsip keselamatan ICT yang kukuh, tanggungjawab terhadap keselamatan maklumat, kesedaran terhadap ancaman dan langkah-langkah peningkatan tahap keselamatan maklumat. Sehubungan itu, pada Pekeliling Am Bilangan 3 Tahun 2000 telah mengarahkan semua agensi kerajaan untuk membangunkan Information Security Management System (ISMS).

 
    >> Pelaksanaan ISMS UPM  
     

Information Security Management System (ISMS) juga dikenali sebagai SISTEM PENGURUSAN KESELAMATAN MAKLUMAT. Di peringkat UPM ISMS diwujudkan untuk menjamin kesinambungan urusan Pusat Data, dengan meminimumkan kesan insiden keselamatan ICT. ISMS ini juga bertujuan untuk memudahkan perkongsian maklumat sesuai dengan keperluan operasi Pusat Data, UPM. Ini hanya boleh dicapai dengan memastikan semua aset ICT dalam skop ISMS dilindungi. UPM menggorak langkah ke arah ISMS mulai 8 Disember 2011. Audit Peringkat Pertama telah di adakan pada 24 Oktober 2012, disusuli oleh Audit Peringkat Kedua pada 19-20 Disember 2012. Alhamdulillah UPM telah berjaya melepasinya peringkat persijilan ini dengan memperolehi 7 peluang penambah baikan. UPM telah berjaya memperolehi sijil ISMS bernombor AR5761 pada 4 Jan 2013. Aktiviti pengekalan pensijilan diteruskan pada tahun-tahun berikutnya dan pada tahun 2015 UPM telah berjaya beralih kepada Standard MS ISO/IEC 27001: 2013 menerusi Audit Pemantauan Semakan 2 pada 29 - 30 Januari 2015. Seterusnya melalui Audit Pensijilan Semula SIRIM pada 8 -10 Disember 2015, UPM telah berjaya mengekalkan pensijilan dengan skop baharu melibatkan pendaftaran pelajar baharu prasiswazah semasa minggu perkasa putra di UPM Kampus Serdang.

Pada tahun 2017, UPM telah berjaya memperluaskan skop pendaftaran pelajar baharu prasiswazah semasa minggu perkasa putra ke UPM Kampus Bintulu menerusi Audit Pemantauan Semakan 2 oleh SIRIM (kitaran kedua). Seterusnya pada tahun 2018 menerusi Audit Pensijilan Semula SIRIM (kitaran kedua) yang diadakan pada 2 September & 1 - 3 Oktober 2018, UPM sekali lagi berjaya memperluaskan skop pensijilan ISMS kepada proses penilaian pengajaran prasiswazah di Fakulti bagi Kampus Serdang dan Bintulu. Sejajar dengan itu juga, no. Pensijilan ISMS telah dipinda kepada ISMS 00150 berdasarkan ketetapan terkini oleh pihak SIRIM.

 
           
    >> Dasar ISMS  
      Universiti Putra Malaysia beriltizam mengadakan sistem pengurusan keselamatan maklumat yang berkesan melalui:  
     
(a)
Pematuhan kepada kehendak organisasi dan perundangan serta peraturan;  
     
(b)
Pembangunan objektif dan matlamat berdasarkan objektif  keselamatan;  
     
(c)
Komitmen bagi memenuhi keperluan berkaitan keselamatan maklumat; dan  
     
(d)
Penilaian semula dan pengubahsuaian dasar, objektif dan sasaran untuk penambahbaikan berterusan.  
           
        [Dasar ISMS yang telah disahkan oleh Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti bertarikh 10 Disember 2019]  
           
    >> Impak ISMS di UPM  
      Dengan adanya ISMS di UPM diharapkan pengurusan dan tahap keselamatan data akan lebih terkawal dan teratur. Di samping itu pembangunan Prosedur, Garis Panduan dan SOA pada ISMS akan membantu membudayakan lagi cara kerja yang lebih sistematik.  Penggunaan borang dan tatacara kerja ini akan memudahkan lagi pengesanan maklumat pada peringkat awal sekiranya berlaku sebarang insiden yang tidak diingini.  
           
       
           
           
           
       
 
 
 
 
Tarikh Aktiviti/Program
1 April - 31 Mei 2026 AUDIT DALAMAN SISTEM PENGURUSAN KUALITI (QMS) ISO 9001:2015 DAN SISTEM PENGURUSAN KESELAMATAN MAKLUMAT (ISMS) ISO/IEC 27001:2022, UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
1 Jun - 31 Julai 2026 PENILAIAN AMALAN EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA (PENILAIAN KEDUA)
21 Julai (Selasa) MESYUARAT KAJIAN SEMULA PENGURUSAN (MKSP) QMS DAN ISMS KE-16
Masa: ADK
Tempat: ADK
7 Sept. - 11 Sept. 2026 AUDIT SIRIM ISO 9001:2015 DAN ISO/IEC 27001:2022
17 Nov. 2026 (Selasa)

SAMBUTAN HARI KUALITI DAN INOVASI PERKHIDMATAN (HKIP) UPM 2025/2026
Masa: ADK
Tempat: ADK

8 Dis. 2026 (Selasa) MESYUARAT JAWATANKUASA KUALITI UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KALI KE-66 (2/2026)
Masa: ADK
Tempat: ADK

 
   
  Pusat Jaminan Kualiti, UPM
Centre for Quality Assurance (CQA)
 
 
 

Prof. Madya Dr. Noor Syamilah Zakaria, K.B., P.A.
Pengarah
03-9769 1504, syamilah@upm.edu.my

Dr. Zufarzaana Zulkeflee
Timbalan Pengarah Jaminan Kualiti Akademik
03-9769 1435, zufarzaana@upm.edu.my
Pn. Rozi Tamin
Timbalan Pengarah Jaminan Kualiti Perkhidmatan
03-9769 1025, t_rozi@upm.edu.my 

Cik Aidawati Ramali
Ketua Seksyen Audit Institusi
Pejabat Timbalan Pengarah Jaminan Kualiti Akademik
03-9769 1525, aidawati@upm.edu.my

Pn. Rahmawati Umar
Ketua Seksyen Data Program
Pejabat Timbalan Pengarah Jaminan Kualiti Akademik
03-9769 1510, rahwati@upm.edu.my

Pn. Shaerin Azlin Ab Rahman
Ketua Seksyen Audit Program
Pejabat Timbalan Pengarah Jaminan Kualiti Akademik
03-9769 1598, shaerin@upm.edu.my

Pn. Zenaida Md Zenon
Ketua Seksyen Audit Kualiti
Pejabat Timbalan Pengarah Jaminan Kualiti Perkhidmatan
03-9769 1512, zenaida@upm.edu.my

Pn. Nurainakmal Kamal Bahrin
Ketua Seksyen Dokumentasi
Pejabat Timbalan Pengarah Jaminan Kualiti Perkhidmatan
03-9769 1505, nurainakmal@upm.edu.my

Pn. Siti Fatimah Hasim
Ketua Seksyen Pembudayaan Kualiti
Pejabat Timbalan Pengarah Jaminan Kualiti Perkhidmatan
03-9769 1555, sfatimah@upm.edu.my

Pn. Puteri Nurasikin Nasarudin
Ketua Seksyen Pentadbiran dan Kewangan
03-9769 1513, puteri@upm.edu.my
Pn. Noor Idmawatie Mohd Idris
Setiausaha
03-9769 1504, nooridma@upm.edu.my

Pn. Kasmaria Zawawi
Pembantu Tadbir Kanan (Perkeranian/Operasi)
Seksyen Dokumentasi
03-9769 1485, uda@upm.edu.my

Pn. Norliyani Anor
Pembantu Tadbir Kanan (Perkeranian/Operasi)
Seksyen Data Program
03-9769 1486, norliyani@upm.edu.my

Pn. Anis Syahirah Abdullah
Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi)
Seksyen Audit Program
03-9769 1483, anisyahirah@upm.edu.my

Cik Nor Syazila Abdul Rahim
Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi)
Seksyen Audit Institusi
03-9769 7697, syazila.rahim@upm.edu.my

En. Izzul Muzakkir Aris
Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi)
Seksyen Audit Kualiti
03-9769 1435, izzulmuzakkir@upm.edu.my

Pn. Najidah Salim
Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi)
Seksyen Pentadbiran dan Kewangan
03-9769 1489, najidah@upm.edu.my

Pn. Rosyati Zainuddin
Pembantu Operasi
Seksyen Pentadbiran dan Kewangan
03- 9769 1488, rosyati@upm.edu.my

 
 
Statistik Web Hits
       
 
Hit Hari Ini
:
462
 
Hit Semalam
:
31
 
Jumlah Hit
:
2399913
 
 
Hakcipta Terpelihara © 2012 Pusat Pembangunan Maklumat Dan Komunikasi (iDEC), Universiti Putra Malaysia
PENAFIAN: Pejabat Pendaftar, UPM tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana maklumat dalam laman Web Portal ini
Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer 7.0 atau Mozilla Firefox dengan resolusi 1024 x 768